|
Aktiviti PAUSM
|
.
Penyerahan Sumbangan Fasa Pertama - Covid19
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) dan Pusat Pembangunan Alumni (PPA) mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tuan/puan.
Sumbangan fasa pertama tuan/puan telah diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPPA) untuk diuruskan bagi pembelian makanan kepada para pelajar USM yang tidak dapat pulang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan kerajaan.
Akhir sekali, tahniah juga kepada para Alumni USM yang turut bersama alma-mater dalam menghadapi tempoh sukar berikutan pendemik COVID-19 ini.
Sekian, terima kasih.
“Alumni Perintis Kegemilangan"
Mohd Aziz Ismaun
Presiden,
Persatuan Alumni USM.
|
|
|
|