|
Aktiviti PAUSM
|
.
AGM ke-25 PAUSM
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ALUMNI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
(PAUSM) KE-25
27 Nov 2021- Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM), Pulau Pinang telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni USM kali yang ke-25 bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA), USM. Dalam mesyuarat ini, seramai 52 orang alumni USM yang berdaftar telah hadir bagi meluluskan agenda mesyuarat serta memilih Jawatankuasa Eksekutif PAUSM yang baru bagi penggal 2021-2023. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni USM, Profesor Dr. Aldrin Abdullah. Selain itu, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi USM, Prof. Dr. Md Roslan Hashim dan juga Ahli Lembaga Gabenor USM mewakili Alumni, En Mohd Azam Mohd Noor turut hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Agung ke-25 kali ini.
Dalam mesyuarat ini, Presiden PAUSM bagi Penggal 2019-2021, Tn. Hj. Mohd Aziz Ismaon telah mempengerusikan Mesyuarat Agung ke-25 dengan membentangkan laporan sepanjang Penggal 2019-2021. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi pemilihan Jawatankuasa Baru yang dipengerusikan oleh Dr. C Ahmad Ezanee Mansor. Hasil daripada pengundian yang dijalankan, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee telah dipilih sebagai Presiden PAUSM yang baru bagi penggal 2021-2023. Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa baru yang dilantik melalui sesi pengundian yang dijalankan.
ALUMNI USM AWESOME!!!!
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PAUSM 2021-2023
Presiden: Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
Timbalan Presiden: En. Muhammad Iqbal Ismail
Setiausaha Agung: Dr. Khairul Anuar Shariff
Penolong Setiausah Agung: Pn. Siti Zaharah Jemaron
Bendahari: En. Shamsudin Husin
Exco:
1. En. Kamarul Badlishah Kamarulzaman
2. En. Kumanan Kandasamy
3. En. Mustaqin Alpi
4. Pn Mu’azzah Ismail
5. En. Mohd Azad Jasmi
Juruaudit:
1. Dr. Zulfahmi Mohamed Jaafar
2. En. Mohd Zulkarnain Mohamad Tajulariffin
|
|
|
|