Aktiviti PAUSM


.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI USM (PAUSM) KALI KE-23


Pulau Pinang, 16, Mac 2019: Pada 16 Mac 2019 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi.



Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-22 (2018) serta laporan aktiviti tahunan 2018 yang dikendalikan oleh Presiden PAUSM iaitu Prof.Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Laporan Kewangan 2018 pula dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Tan Cheng Ling selaku Bendahari PAUSM.




YBhg Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak mewakili Jawatankuasa yang lain mengumunkan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sidang 2017-2019. Seterusnya mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Haji Mohd Ali bin Mohd Salleh sebagai Pengerusi sementara.



Bagi perlantikan Jawatankuasa Eksekutif 2019-2021 berdasarkan cadangan,sokongan dan undian yang diterima, berikut disenaraikan nama-nama alumni yang telah berjaya dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif PAUSM bagi sidang 2019-2021.



PRESIDEN:
TUAN HAJI MOHD AZIZ BIN ISMAON



TIMBALAN PRESIDEN:
DATO TAIZOON HYDER TYEBKHAN



SETIAUSAHA:
CIK NUR MARIYAM BINTI MUSA



PENOLONG SETIAUSAHA:
DR. SAZLINA MD SALLEH



BENDAHARI:
ENCIK MOHD ZULKARNAIN MOHAMAD TAJULARIFFIN



JAWATANKUASA EKSEKUTIF

ENCIK MOHD ALI BIN MOHD SALLEH

ENCIK MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL

ENCIK MUSTAQIN ALPI

PROF. DR. NOOR HAZLINA BINTI AHMAD

PROF. MADYA DR. TAN CHENG LING




JURU AUDIT:

DR. HAJI KHAIRUL ANUAR MOHD SHARIFF

ENCIK MOHD SYUKUR




PENASIHAT/ PENAUNG:      

PROF.EMERITUS TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK



Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.


         
  
TENTANG PAUSM

          Dari Meja Presiden

          Sejarah Penubuhan

          Logo

          Keahlian Alumni

          Alumni Cawangan

          Jawatankuasa Eksekutif

          Aktiviti PAUSM

          Hala Tuju 2019-2021

          Info Kerjaya

          Objektif / Motto

          Pengumuman

          Soalan Lazim

          Muat Turun

          Maklumbalas dan Cadangan

          Hubungi Kami

DAFTAR ALUMNI

          Login Admin

          Pendaftaran Baru

          Semak Keahlian

MUTIARA KATA
 
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia