Aktiviti PAUSM


.

Alumni Civil Engineering @ USM Forum in Conjuction with 30th Anniversary SoCE, USM Hi- Tea


Hi-Tea Alumni Kejuruteraaan Awam sempena Ulangtahun ke 30 PPKA, USM.

Kami menjemput semua Alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM yang berada di seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei & Indonesia atau di mana sahaja berada untuk sama2 turut serta dalam Hi-Tea ini.

Julungkali diadakan sempena sambutan ulangtahun ke 30 PPKA dan website Alumni "ACE : We Connect" bakal dilancarkan.

+ Akan dirasmikan oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. + Jemputan khas Ketua Menteri Pulau Pinang. + Majlis di hotel 5 bintang & tersohor di Petaling Jaya. + Turut diraikan semua Dekan yg pernah terajui PPKA. + Pertama kali gathering terbesar Alumni PPKA. 30 batch Alumni, 1st batch hingga batch terkini, 2018. + Lebih dari 300 Alumni PPKA akan hadir dan berkumpul. + Goodies utk semua tetamu dan Cabutan Bertuah menanti.

Jom kita sama2 sertai Hi-Tea ini. Tempat sangat terhad.

Siapa cepat dia dapatโ€ผ๏ธ ๐——๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐Ÿฏ๐Ÿญ/๐Ÿญ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต.

Jom daftar ramai2: https://alumni.civil.eng.usm.my/registration

Hubungi kami: Dr Zul Fahmi http://www.wasap.my/60199764285 Dr Arbaee http://www.wasap.my/60194441015 Mohd Kamil http://www.wasap.my/60124574206 Marshidah http://www.wasap.my/60193511348

#AlumniPPKA #30thAnniversary #PusatPengajianKejuruteraanAwam #NurturingFutureEngineers

.

Program Kayak Awesome


Program Kayak Sempena 50 Tahun USM yang di anjurkan oleh Persatuan Alumni USM telah diadakan pada 23 November 2019 jam 7.30 pagi sehingga 2.00 petang di Pangkalan Marin Polis, Batu Uban.[nl][nl]Seramai 56 peserta yang terdiri daripada Alumni USM, Pelajar USM, nelayan setempat dan juga anggota Polis telah turut serta menjayakan program ini.[nl][nl]Aktiviti berkayak ini bermula di Pangkalan Marin Polis ke Pulau Korea sejauh 2 kilometer. Selain itu program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan alumni dengan pelajar USM dan juga meluaskan rangkain peluang alumni USM. [nl][nl]

.

Kunjungan Hormat JKE PAUSM bersama Naib Canselor dan Lembaga Gabenor USM


22 November 2019 yang lalu Persatuan Alumni USM telah membuat kunjungan hormat bersama Naib Canselor dan Lembaga Gabenor Universiti Sais Malaysia (LGU) di Bilik Persidangan Canselori jam 4.30 petang.[nl][nl]Kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan JKE PAUSM yang baru dipilih kepada Naib Canselor dan Ahli LGU serta berkongsi ringkas aktiviti-aktiviti dan perancangan PAUSM.[nl][nl]Selain itu , PAUSM turut mendapatkan pandangan berkenaan kerjasama PAUSM dan USM bagi manafaat USM, alumni dan masyarakat.

.

Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Eksekutif Bil.07/2019


Pulau Pinang, 22 November 2019 : Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. ke -07 pada tahun ini. Mesyuarat ini dimulakan pada jam 2.30 petang dengan perbincangan pelbagai agenda yang terdiri daripada projek terdekat PAUSM dan hal-hal lain.

.

Kunjungan Hormat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni USM bersama YBhg. Tun Daim Zainuddin


Pada 05 November 2019 yang lalu Persatuan Alumni USM (PAUSM) telah membuat kunjungan bersama YBhg. Tun Daim Zainuddin . Kunjungan ini adalah antara usaha untuk menjalinkan hubungan dengan tokoh-tokoh USM dan alumni USM bagi manafaat USM, alumni dan masyarakat , amnya.

.

PROGRAM HI-TEA ALUMNI USM SEMPENA 50 TAHUN KEGEMILANGAN USM - 'ALUMNI PERINTIS KEGEMILANGAN'


Program Hi-Tea Alumni USM sempena 50 tahun kegemilangan USM - 'Alumni Perintis Kegemilangan' digerakkan sepenuhnya oleh Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah diadakan pada 05 Oktober 2019 dari jam 3.00 petang hingga 7.00 petang di The Westin Kuala Lumpur.[nl][nl]Penyertaan alumni juga amat memberangsangkan hampir 400 alumni USM . Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tan Sri Datuk Mustafa Mansur, Pro Canselor USM, YM Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif iaitu Lembaga Gabenor USM dan Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak dan pasangan.[nl][nl]Selain itu program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan alumni dengan USM dan juga meluaskan rangkain peluang alumni USM. Program Hi-Tea Alumni USM ini juga turut diserikan dengan nyanyian dan persembahan daripada alumni USM.[nl]

.

EXPO HALA TUJU PENDIDIKAN DAN KERJAYA MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (MSAB) 2019


29 Ogos 2019, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) dengan kerjasama Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) telah menganjurkan program Expo Hala Tuju Pendidikan dan Kerjaya MSAB. [nl][nl]Program ini telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar MSAB, Johor Bharu, Johor dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang.[nl][nl]Pihak kami juga turut menjemput jabatan Universiti Sains Malaysia untuk membuka pameran bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Johor Bahru berkenaan program- program yang ditawarkan di USM.

.

JOM SERTAI HARI WARGA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2019!


HARI WARGA USM 2019

Sukacita dimaklumkan, Hari Warga USM 2019 kali ini akan diadakan pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) di mana acara pertama bermula pada malam 16 Ogos 2019 (Jumaat). USM turut menjemput para Alumni USM untuk turut bersama di dalam beberapa acara yang telah disediakan.

Senarai acara boleh rujuk pada link berikut :
(http://hariwarga.usm.my)

Bagi Alumni yang berminat, boleh maklumkan maklumat berikut untuk pihak kami majukan pada pihak urusetia Hari Warga.

Nama :
Pengajian terakhir :
Tahun graduasi :
No.kad pengenalan :
No.telefon :
Size baju :
Acara :
TEMPAT ADALAH TERHAD

First come, first serve!

Jom meriahkan Hari Warga USM 2019 kali ini dengan bertemakan USM 50 Tahun Bersama Memimpin Perubahan"

Sekretariat
Persatuan Alumni USM
04-6532166
persatuan.alumni@gmail.com

.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI USM (PAUSM) KALI KE-23


Pulau Pinang, 16, Mac 2019: Pada 16 Mac 2019 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. [nl]

[nl]Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-22 (2018) serta laporan aktiviti tahunan 2018 yang dikendalikan oleh Presiden PAUSM iaitu Prof.Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Laporan Kewangan 2018 pula dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Tan Cheng Ling selaku Bendahari PAUSM.[nl]

[nl][nl]YBhg Prof. Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak mewakili Jawatankuasa yang lain mengumunkan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sidang 2017-2019. Seterusnya mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Haji Mohd Ali bin Mohd Salleh sebagai Pengerusi sementara.[nl]

[nl]Bagi perlantikan Jawatankuasa Eksekutif 2019-2021 berdasarkan cadangan,sokongan dan undian yang diterima, berikut disenaraikan nama-nama alumni yang telah berjaya dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif PAUSM bagi sidang 2019-2021.[nl]

[nl]PRESIDEN:
TUAN HAJI MOHD AZIZ BIN ISMAON

[nl][nl]TIMBALAN PRESIDEN:
DATO TAIZOON HYDER TYEBKHAN

[nl][nl]SETIAUSAHA:
CIK NUR MARIYAM BINTI MUSA

[nl][nl]PENOLONG SETIAUSAHA:
DR. SAZLINA MD SALLEH

[nl][nl]BENDAHARI:
ENCIK MOHD ZULKARNAIN MOHAMAD TAJULARIFFIN

[nl][nl]JAWATANKUASA EKSEKUTIF
[nl]ENCIK MOHD ALI BIN MOHD SALLEH
[nl]ENCIK MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL
[nl]ENCIK MUSTAQIN ALPI
[nl]PROF. DR. NOOR HAZLINA BINTI AHMAD
[nl]PROF. MADYA DR. TAN CHENG LING

[nl][nl][nl]JURU AUDIT:
[nl]DR. HAJI KHAIRUL ANUAR MOHD SHARIFF
[nl]ENCIK MOHD SYUKUR

[nl][nl][nl]PENASIHAT/ PENAUNG:[sp][sp][sp][sp][sp][sp]
[nl]PROF.EMERITUS TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK

[nl][nl]Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.[nl]


         
  
TENTANG PAUSM

          Dari Meja Presiden

          Sejarah Penubuhan

          Objektif / Motto

          Logo

          Keahlian Alumni

          Alumni Cawangan

          Jawatankuasa Eksekutif

          Aktiviti PAUSM

          Hala Tuju 2019-2021

          Info Kerjaya

          Pengumuman

          Soalan Lazim

          Muat Turun

          Maklumbalas dan Cadangan

          Hubungi Kami

DAFTAR ALUMNI

          Login Admin

          Pendaftaran Baru

          Semak Keahlian

MUTIARA KATA
 
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia