|
Keahlian Alumni
|
Jenis Keahlian
Keahlian terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
• Ahli Biasa: Semua ahli yang dianugerahi Ijazah/Diploma/Sijil oleh Universiti Sains Malaysia;
• Ahli Bersekutu: Semua staf sepenuh masa yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia;
• Ahli Kehormat: Individu-individu tertentu yang dipilih dan dijemput oleh Jawatankuasa Eksekutif menjadi ahli.
Yuran Keahlian
• Alumni yang ingin berdaftar menjadi ahli PAUSM hanya perlu membayar yuran sebanyak RM100 sahaja untuk
keahlian SEUMUR HIDUP.
• Tiada yuran bulanan dikenakan.
• Bayaran boleh dibuat melalui cek/wang pos/bayaran tunai/deposit tunai di atas nama PERSATUAN ALUMNI USM.
Cara Pendaftaran
Pendaftaran perlu dibuat dengan mengisi borang keahlian melalui beberapa cara:
• Hadir sendiri ke Pejabat Sekretariat Persatuan Alumni USM.
• Memuat turun borang keahlian dari laman web dan dipos/diemel kembali kepada pihak sekretariat PAUSM beserta bukti
resit pembayaran yuran.
Borang keahlian boleh dimuat turun di sini
• Pendaftaran juga boleh dibuat secara online di sini.
|
|
|
|